Thursday, August 5, 2010

EPISOD 6 (aku tak sure episod berapa sebenarnya..)

*gambar ini tiada kena mengena dengan drama ini...(anggap ja la macam penaja)

Ingat lagi dak kat Kamarol dan cinta hatinya si Hanim? Sedikit synopsis buat yang sudah lupa dan belum pernah mengikuti cerita ini... (lain kali aku tak mau ulang dah..kalau nak tau jugak, tunggu movie..huh!)

Synopsis:

Kamarol merupakan seorang jejaka yang tidak terlalu pandai, kacak, kaya atau dengan erti kata lain…bukanlah lelaki yang layak untuk seorang gadis cantik jadikan dia sebagai kekasih hati. Kalau ada pun gadis-gadis cantik yang jadikan dia kekasih hati, nescaya cemuhan keras bakal tiba. Ditambah dengan kehidupan Kamarol yang sentiasa malang, dia hanya wujud ketika orang lain dalam kesusahan.
Gadis cantik bernama Hanim menjadi pujaan hati Kamarol. Lagu ‘cium aku buat kali pertama’ yang Kamarol ciptakan untuk si Hanim, gadis pujaannya itu masih belum didengari sesiapa. Mungkin ada yang tidak sanggup pun untuk mendengar. Kehidupan Kamarol menjadi ceria dengan adanya Hanim walaupun si gadis manis itu hanya menganggap Kamarol sebagai batu di tepi jalan..bila nampak anjing, baru Kamarol berguna padanya. Tapi Kamarol seorang yang cukup tabah, padanya; andai dia tidak dapat memiliki Hanim, membuatkan Hanim bahagia sudah cukup untuk dia. Hanim merupakan anak kepada seorang yang cukup berpengaruh. Tinggal di rumah mewah, hidup dalam serba lengkap namun buta tentang perjalanan dunia….apatah lagi cinta. (sesekali kalau aku jiwang rasanya terlentok jugak 3-4 orang gadis neh..)
Ketika Kamarol baru pulang dari perlawanan bola sepak di mana dia telah menjaringkan 3 gol untuk pihak lawan seraya dihalau keluar oleh rakan sepasukan, Kamarol ke kedai Uncle Ramli..rakan baik kepada arwah ayah si Kamarol. Uncle Ramli selalu mendengar luahan hati si Kamarol. Padanya Kamarol terlalu suci. Kalau seorang bayi yang baru dilahirkan dianggap kain putih, Kamarol pula umpama kumpulan Putra, yang menyanyikan lagu Cinta Kain Putih itu. Itulah lagu kegemaran Kamarol yang sampai tiap-tiap kali dia ke karaoke, dia tak perlu pilih lagu lagi…masuk ja bilik, terus apek karaoke tu pasang lagu tu. Peduli apa si Kamarol tu, padanya hidup hanya sekali…pilihan pun hanya sekali…pilihan boleh dibuat berkali-kali, tapi pilihan pertama adalah pilihan yang pasti. (gadis-gadis, jangan lemah dahulu)
Kamarol terlihat Hanim bersama pemandu kepada bapa si Hanim ketika di pasar. Namun yang menjadi persoalan kepada si Kamarol, kenapa Hanim yang terpaksa mengangkat semua barang-barang keperluan yang dibeli? Kelihatan seolah-olah pemandu itu adalah tuan kepada Hanim dan Hanim itu adalah pemandunya. Hanim terpandang akan si Kamarol yang memandang segala gerak gerinya itu dan keesokan harinya di kolej, Kamarol mendapat nota ringkas dari Hanim yang mahu Kamarol merahsiakan semua kejadian tersebut dari diketahui orang lain. Seperti biasa, Kamarol menurut. Agaknya kenapa Hanim mahukan Kamarol merahsiakan kejadian itu???
Kamarol mempunya seorang sahabat baik yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadapnya. (Shait! Aku lupa nama minah tu sebab aku letak nama dia spontan ja masa tu..ok, kita anggap ja nama dia Ira). Ira merupakan seorang gadis yang baik, manis (aku sebut manis sebab tak mau kecikkan hati dia walaupun dia tak wujud..nak cakap cantik memang jauh sekali tidak lah). Ira juga seorang pelajar yang cemerlang di kolej tempat pengajian Kamarol dan Hanim. Ira adalah orang yang sentiasa membantu Kamarol di dalam pelajarannya. Namun Kamarol tidak pernah tahu yang Ira menyimpan perasaan terhadapnya. (buku bertemu ruas).
Hanim pula mempunyai seorang teman lelaki dan berpuluh-puluh teman skandal. Keadaan dirinya yang cantik dan bergaya itu membuatkan hampir semua lelaki di kolej ingin mendekatinya termasuk si Kamarol. Namum Hanim sangat memilih…macam biasa, lelaki kacak dan berduit menjadi pilihan Hanim. Borhan, lelaki yang sentiasa mendampingi Hanim. Peduli apa tentang nama kampungnya itu, asalkan Borhan kaya dan berpengaruh. Kehidupan Hanim yang umpama bumi yang tiada darat membuatkan dia terus hanyut. (ini bukan tiru buku ok!)


Ok, sampai episod ini, cerita ini menjadi sedikit keliru. Seorang pembaca, cik N***** R*** telah mengarang satu episod yang mungkin agak mengelirukan. Sebenarnya episod itu agak menarik 
tetapi mungkin sedikit berbelit. Jadi kita abaikan episod itu memandangkan cerita ini adalah cerita ringan untuk semua golongan dan lapisan peringkat umur.

Seperti biasa, idea kalian akan diselitkan agar cerita ini lebih menarik..tapi tolong jangan la bagi idea Hanim kena rogol (sebab yang tu aku akan selitkan sedikit nanti). Ada pulak yang mintak Kamarol ada kuasa superhero (mesti hangpa peminat Mr.Papaya…betik pon buleh jadi keja..nasib baik tak pisang, terung dan yang sewaktu dengannya). Aku malas nak layan idea-idea sumbang, buat adik naik bimbang, serupa orang main kompang, gunung rapat boleh renggang, macam pipit nak ligan enggang, macam sumpit nak lawan senapang, pokok nyok pon boleh tumbang…..haa…dah, boleh sambung dah…


TAK DAK MOOD NAK TAIPPPPPPP.......
(-.-) ²zz²²²Zzz


EPISOD SETERUSNYA:
               
                Kamarol tak henti-henti memikirkan apa yang terjadi kepada Hanim. Cerita Uncle Ramli sentiasa terbayang di otak Kamarol. Siapa Hanim sebenarnya? Kamarol menjadi semakin binggung..masuk ni dah dua hari Hanim tak kelihatan di kolej. Kalau orang lain tak datang sebulan pun Kamarol tak pernah kisah. Tapi kalau si Hanim…hari cuti tak jumpa pun dia dah bimbang. Kamarol terjumpa Ira…

Kamarol : eh Ira, nampak Hanim tak?
Ira : nampak…awat?
Kamarol : hang nampak dia kat mana?
Ira : aku nampak dia kat cafĂ© dua hari lepas…awat?
Kamarol : kadang-kadang pandai jugak hang bergurau…pernah masuk kelas yoga?? Aku lipat kaki hang silang atas kepala…nak??
Ira : baik hang silang kaki aku atas bahu hang ja…ahaks.

Kamarol terus berlalu dengan muka yang ada sedikit tidak puas hati. Ira kelihatan menyandar di tepi kerusi rehat taman dengan mulut dipenuhi buih seperti teh tarik. Bergurau senda sebegini sudah menjadi kebiasaan bagi si Ira dan Kamarol. Biasanya Kamarol yang menjadi mangsa…tapi kali ini Kamarol tak mahu beralah bila ada orang yang main-main tentang Hanim.

Di kedai Uncle Ramli….

Kamarol : uncle..kalau betul Hanim tu bukan anak Dato’ Jufri, kenapa dia dilayan dengan mewah?
U.Ramli : mana la uncle tau..hang ingat uncle ni Wikipedia???
Kamarol : main kasar nampak uncle?? Haha..

Azim : hai…mai kedai bapak aku semata-mata nak tanya pasal gadis ja??
Kamarol : eh Jim!! Bila hang balik??? Eh, rasanya baru setahun hang kat sana kan??
Azim : aku sampai pagi tadi. Biasa la Kamarol, bak kata orang tua-tua “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik la…….”
U.Ramli : singgah jugak batu lesung ni kat kepala hang nanti Azim. Orang suruh hang pi belajar, yang hang pi mengorat anak dara omputih tu buat apa??? Orang pergi belajar bertahun-tahun, hang pi setahun dah balik! Baik hang belajar kat kolej si Kamarol tu ja.
Kamarol : hahaha…..hang kena buang ka Jim??? Uncle, saya mana ada kolej lagi..saya pun study
kat kolej orang lain….hahaha.
U.Ramli : hah..elok la hang dengan Azim tu….sebelum batu-batu emas singgah kat kepala hangpa dua orang, baik hangpa pi tolong aku angkat gula kat belakang tu..
Kamarol : uncle nak saya report ka uncle sembunyi gula??
U.Ramli : aku tendang jugak musibat sekoq ni nanti..     

Begitulah cerianya Kamarol, Uncle Ramli dan Azim. Owh, aku lupa cerita tentang Azim (sebenarnya aku baru reka watak ni…atas permintaan rakan aku). Azim merupakan rakan baik Kamarol, sedikit pandai tetapi sebab terlalu banyak berseronok, dia dibuang dari kolej pengajiannya. Azim banyak membantu Kamarol memandangkan dia seorang yang sedikit berani walaupun bertubuh kecil. Hampir semua masalah dan kisah hidup Kamarol akan dikongsi dengan Azim……hampir semua…….

Azim : Hanim tu memang cantik weh..tapi hang nak ka kat orang yang macam tu?? Buat baju hujan boleh la..
Kamarol : baju hujan???
Azim : ya la...guna waktu sejuk ja...hahaha..
Kamarol : jangan la cakap macam tu Jim. Aku suka dia...nak buat macam mana. Aku tau, satu hari nanti mesti dia akan sedar betapa aku sayang kat dia..
Azim : walaupun masa tu dah terlewat???
Kamarol : walaupun masa tu aku dah tak ada.........

Azim tahu betapa dalamnya cinta Kamarol pada si Hanim. Kamarol tidak pernah meluahkan perasaannya pada sesiapa. Tapi bila tahap dia dah luahkan, maknanya dia betul-betul tak dapat menahan rasa cintanya itu. Tapi seperti orang lain, Azim juga tak pernah mendengar lagu yang Kamarol ciptakan untuk si Hanim. Kamarol masih terfikir, ke mana Hanim? Kenapa dia tak datang ke kolej?

*Adakah cerita ini akan tamat sekiranya Hanim tiada?? Pi mati la...cerita ni tajuk Cinta Si Kamarol..bukan Cinta Si Hanim..

Sepanjang cuti dua hari, ditambah pula dengan ketidakhadiran Hanim ke kolej selama dua hari, Kamarol tak henti-henti memikirkan tentang si Hanim walaupun ketika melayan Redtube.com mahupun Tube8.com.

Ketika di kolej Kamarol terserempak dengan Hanim..muka hanim pucat, tak ceria, dan kelihatan serabut. Ini membuatkan Kamarol semakin resah. Dia tak mau lihat Hanim sakit sedikit pun. Kalau boleh, nyamuk seekor gigit Hanim pun, satu kampung dia nak mengamuk.

Kamarol : maaf saya nak tanya awak...kenapa awak macam tak sihat ja??
Hanim : kenapa? Kalau aku tak sihat, hang ni doktor ka?
Kamarol : bukan la macam tu...Cuma...mana la tau kalau-kalau saya boleh tolong apa-apa....
Hanim : (terdiam kira-kira 5 minit)
Kamarol : eh...tak pa la..sorry la kalau buat awak rasa tak selesa...
Hanim : Man....hang betul-betul nak tolong aku ka??
Kamarol : err...nama saya Kamarol. A’ah, kalau ada apa-apa yang saya boleh tolong...
Hanim : owh..sorry Kamarol..aku celaru sikit 2-3 hari ni. Kalau hang betul-betul nak tolong aku, datang rumah aku malam ni..boleh? Tak payah pakai smart-smart, bukan aku nak ajak hang dinner.
Kamarol : owh...okay. Pukul berapa??
Hanim : dalam pukul 9...boleh? Tapi, jangan sampai orang lain tahu...benda ni antara aku dengan hang ja...boleh??
Kamarol : eh...tak dak hal lah..saya janji tak kan ada orang lain tau..




Agak-agaknya kenapa Hanim mengajak Kamarol ke rumahnya????
Kepala otak celaka hangpa aku dah buleh bajet (kepada yang lelaki la..) hahaha..mesti hangpa ingat Hanim ajak mai rumah sebab nak romen. Otak lu orang dalam kasut gua la derr..haha.

Untuk cerita seterusnya, aku akan bagitau kat facebook sambungannya...bagi aku masa lebih kurang 3 hari.. J Kalau nak bagi cadangan, silakan la. Dulu pun hangpa bagi cadangan yang mengarut jugak..haha. 

8 comments:

  1. cepat sikit boh episod seterusnya..x astro la lambat2..jgn lupa boh watak aku sebagai tailo..bkn tailor tukang jahit tu ya..

    ReplyDelete
  2. ahchOng: hang pon nak jadi taiko jugak??masuk ni dah 3orang dah mintak jd taiko..nnt aku tukaq la crita ni jd V4 samseng jalanan.haha.

    ReplyDelete
  3. cepat la sikit abg joco.. lambat lambat tak syok laaa.. (ok, hang puas hati aku komen?) hahha

    ReplyDelete
  4. nadiah: cilaka...x suruh hg komen pon!!

    ReplyDelete
  5. bersambung??
    (tak puas lah abg joco~)

    ReplyDelete
  6. gia: ala...dulu2 bersambung boleh ja tunggu..episod ni,dah 3tahun baru sambung...ok ja..hahaha.

    ReplyDelete
  7. cepat weh sambung, nak sampai part stim dah ni. haha

    ReplyDelete
  8. syahir: part stim??hang baca blog ni ka atau hang tgk redtube???

    ReplyDelete