Friday, October 8, 2010

EPISOD 10

ni yang dikatakan "bila Joco dah jiwang"....


Lama gila rasanya tak tulis cerita si Kamarol ni...sampai aku kena baca balik dari mula untuk buat sambungan cerita ni. Urat malas dah melingkar kat tengah belakang aku nih. Kadang-kadang aku terpikir jugak...apa sebab la aku membodohkan diri untuk buat cerita bodoh ni. Tapi cerita ni sangat terkesan pada aku. Aku jadi tak senang duduk lagi tak siapkan cerita ni. Aku nak selesaikan hutang aku dengan Kamarol.....
Owh, lupa pulak nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Macam mana raya hangpa? Aku macam biasa...seperti tahun-tahun yang sudah...bangun time tengah hari..(dah lupa dah macam mana sembahyang raya). Baju raya sehelai pun tak beli. Baju melayu baru beli tadi...iaitu selepas 3 minggu kita menyambut Syawal. Jenuh cari baju melayu tadi. Semua pasaraya aku masuk...semua tak dak baju melayu. Aku masuk Kedai Runcit Haji Sabri dan Restoran Sri Melayu yang terang-terang pemiliknya orang melayu...pun tak dak juai baju melayu...marah betoi aku! Last sekali dapat jugak aku beli baju melayu kat Pusat Pakaian Boon Hiang..cina jugak yang juai baju melayu. Huh! Inilah yang dikatakan 1Malaysia.

BERSAMBUNG..........


Sampai sahaja di hotel, mereka terus ke ballroom. Kamarol terkesima. Majlis yang Hanim maksudkan bukan majlis seperti yang dijangkanya. Dengan tetamu yang rasanya mencecah 1000 orang, pandangan Kamarol sedikit kelabu. Semua mata tertumpu pada Kamarol dan Hanim. Kamarol pandang Hanim. Hanim sendiri seperti tercengang. Hanim pandang Dato’ Jufri dan Pakcik Ruslan.

Hanim : papa! Ayah! Apa ni?? Papa cakap cuma nak jemput kawan-kawan bisnes papa??? Ayah pun kata cuma nak ajak kawan-kawan rapat ayah ja.. (cakap Hanim sedikit berbisik)
Dato’ Jufri : habis tu Hanim ingat kawan-kawan papa dan ayah berapa orang? 20 orang? 30 orang?? (kata Dato’ Jufri sedikit tersenyum)
Pakcik Ruslan : dah la Hanim...bawak Kamarol ke meja makan. Ingat, layan si Kamarol tu baik-baik...dia tu sekarang suami kamu.
Hanim : okay okay... Kamarol..jom.

Kamarol sedari awal cerita hanya menurutkan kata si Hanim. Hampir kesemua tetamu menegur dan bersalam dengan Kamarol. Kamarol yang masih lagi kekok masih boleh mengawal keadaan.

Kamarol : Hanim...kalau awak tak mau semua ni, kenapa awak buat jugak??
Hanim : aku terpaksa Kamarol..papa dan ayah dah banyak berkorban untuk aku.
Kamarol : tapi awak tetap tipu depa.
Hanim : kalau itu yang boleh buat depa lega..aku dah tak mau peningkan kepala depa.
Dato’ Jufri : apa yang kamu berdua bualkan ni? Haha. Hanim, malam ni papa dengan ayah tak balik rumah. Kamu balik dengan Kamarol. Nanti papa suruh pemandu syarikat hantar kamu.
Hanim : tapi....papa dengan ayah nak ke mana?
Dato’ Jufri : eh..kami ada lah hal kami sendiri..haha. Lagipun papa nak bagi la peluang untuk kamu berdua...
Kamarol : tak pa la Dato’...saya boleh balik rumah sendiri nanti.
Dato’ Jufri : Kamarol..sekarang ni saya dah jadi papa kamu jugak. Pakcik Ruslan tu pun dah jadi ayah kamu...jadi panggil ja saya ni papa.. Pakcik Ruslan tu ayah.
Kamarol : terima kasih Dato’....oh...papa..
Dato’ Jufri : kamu nak balik ke rumah? Eh, kenapa pulak? Sekarang ni kamu dah jadi sebahagian dari famili kami. Rumah tu sekarang ni rumah kamu jugak. Dah, malam ni kamu dengan Hanim balik ke rumah. Hanim, papa dah suruh Mak Jah kemaskan bilik kamu. Nanti letak barang-barang Kamarol dalam bilik kamu.
Hanim : ok papa...

Dato’ Jufri dan Pakcik Ruslan sebenarnya sangat gembira dengan kehadiran Kamarol sebagai suami Hanim. Mereka mengharapkan agar Kamarol dapat merubah hidup Hanim yang sangat tidak terkawal.

Hanim : Kamarol...hang dengar kan apa yang papa cakap tadi? So balik nanti hang boleh letak barang-barang hang kat bilik aku. Tapi hang tidur di bilik tamu. Nanti aku suruh Mak Jah kemaskan bilik tamu untuk hang. Tapi tolong jangan cakap dengan papa.
Kamarol : tapi saya kan suami awak??
Hanim : tolong la Kamarol...
Kamarol : ok..


Sampai ja di rumah Kamarol dengan segera serta laju bercampur kelam kabut, terus membawa barang-barangnya ke bilik Hanim. Dia bercadang, sebaik sahaja masuk ke bilik Hanim, dia nak berpura-pura terus terlelap.. jadi dapat la dia tidur di bilik bersama Hanim. Agak berfungsi jugak otak musibat ni kadang-kadang.


Hanim : Kamarol.. barang-barang hang tu hang letak ja kat ruang tamu, nanti Mak Jah akan masukkan dalam bilik aku. Bilik tamu Mak Jah dah kemas, so hang boleh la pi tidur kat situ.
Kamarol : Hanim... awak dah nak tidur ka? Boleh tak kalau kita sembang-sembang dulu, kena kopi panas ka...saya buatkan..ok?
Hanim : sebab hang dah banyak tolong aku......ok lah. Tapi jangan masukkan apa-apa pulak dalam kopi aku tu.
Kamarol : gula pun tak mau? Susu? Kalau tak masukkan kopi macam mana nak jadi air kopi?? Ka awak nak air suam ja??
Hanim : sementara aku tengah ada mood nak bersembang dengan hang ni, baik hang cepat...nanti aku dah masuk bilik, esok pagi pulak baru aku keluar...
Kamarol : ok, ok...bagi aku masa dua minit!!

Kamarol dan Hanim berbual sampai lewat malam. Hanim ceritakan bagaimana dia boleh hidup dengan dua orang bapa. Tapi sedikit pun Hanim tak tanya tentang kehidupan Kamarol...mungkin tak penting baginya.


Kamarol : Hanim, awak tak mau tahu ka pasal saya? Maksud saya, keluarga saya...kawan-kawan saya..
Hanim : cerita ja la...maybe aku gunanya jugak. Ya la, walaupun kita ni cuma kahwin kontrak, kurang-kurang kalau ada orang tanya, aku boleh lagi nak jawab...
Kamarol : ermm... saya dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana. Abah dah tak ada masa saya umur 5 tahun lagi. Sampai saya besar, bonda la yang besarkan saya, sekolahkan saya, bagi saya makan, pakai. Uncle Romli, sepupu kepada arwah abah...saya dah terbiasa dengan panggilan uncle. Kalau ikutkan pangkat dia dengan saya, saya patut panggil dia Pak Ngah Romli kalau tak salah. Anak uncle, Azim...kami sangat rapat.
Hanim : Azim??
Kamarol : a’ah..Azim. Awak ingat tak mamat yang temankan saya masa kita akad nikah hari tu? Itu la Azim. Dulu dia study kat luar negara...tapi pulang awal..haha..dia tu banyak main...tak pernah nak serius..
Hanim : maksud hang.....Innal Azim???
Kamarol : eik?????? Awak kenal dia??? Macam mana awak kenal dia???
Hanim : dah la Kamarol...nanti kita sembang lagi. Nanti kalau aku ada masa dan mood, aku ceritakan kat hang. Oh, thanks for the coffee...sedap. Selamat malam.
Kamarol : tapi Roy.... eh...tapi Hanim....erm..ok, selamat malam.


Macam mana Hanim kenal akan nama Azim tapi tak pernah kenal rupanya? Apa sebenarnya hubungan Hanim dengan Azim? Kamarol jadi semakin tak puas hati. Kamarol nekad, esok dia mesti jumpa Azim. Ini soal maruah! Pertama kali Kamarol memikirkan tentang maruah...mungkin.

Tiba-tiba handphone Kamarol berbunyi...ada satu pesanan ringkas...dari Ira....

“Kamarol, kenapa sekarang ni aku rasa macam hang banyak berubah? Semenjak Hanim dah tak datang kolej, hang macam tak da mood ja. Aku ni kawan hang Kamarol. Kalau pun aku ni tak special untuk hang, kurang-kurang jadikan la aku ni somebody dalam life hang. Hang kata aku kawan baik hang, tapi kenapa aku rasa macam hang tak pernah pun cerita masalah hang kat aku?? Sebab aku ni perempuan?? Aku cuma nak kawan-kawan aku happy. Sorry kalau aku mengganggu hang. Aku harap dapat jumpa hang kat kolej esok”

Rasanya itu dah boleh dipanggil ‘khidmat pesanan panjang berjela’...

M A L A S N A K T A I P L A G I D A H........


Memandangkan kita dah lama tak bersua muka (mungkin tak pernah pun), jadi aku ada cerita yang aku nak kongsi dengan hangpa semua...(macam ramai ja pembaca..ahakszzz *gelak paling aku benci).

Baru-baru ni ofis aku didatangi oleh seorang pakcik yang datang membawa seorang anak lelakinya yang berusia 12 tahun. Normal. Cukup sifat. Tapi yang menyentap hati aku bila anaknya itu berkelakuan seperti seekor anjing. subhanAllah. Bukan aku maksudkan anak dia terlalu buas atau tak terkawal. Tetapi anaknya itu macam kerap tersedu. Hangpa boleh kontrol ka hangpa punya sedu?? Ok, itu normal. Yang tak normalnya ialah sedunya itu mengeluarkan bunyi seperti seekor anjing. Kuat. Macam mana hangpa dengar anjing menyalak, macam tu la bunyi sedu dia. Sebak aku tengok. Tak cukup dengan itu, dia jugak kerap jelirkan lidah. Kepala kerap tersengguk-sengguk. Kata bapanya, dia jadi macam tu ketika dia darjah 5 (atau umur 5 tahun, aku kurang jelas). Ketika tu dia pi mandi di sungai. Balik dari mandi di sungai tu, dia jadi macam tu. Mungkin terkena kenan atau badi binatang tu. Aku tak paham sangat tentang benda-benda macam tu. Tapi apa pun, kalau itu adalah buatan orang, moga orang itu akan terima hukuman dari Allah atas perbuatannya. Kepada seseiapa yang nak jumpa budak tu, aku cuma akan bagitau kalau hangpa ada cara untuk pulihkan dia. Aku tak nak aibkan dia atau keluarga dia.

Untuk sambungan cerita CINSIKA ni... nanti aku bagitau lagi...terima kasih daun tembakau..(rokok mahai la ni...aku taip pun sambil hisap rokok tanpa bukak kipas..bukak kipas rokok habis cepat..rugi mampuih).

Bersambung..................................................                                                               0447   07102010